Wah....dah lama tak buka blog.. tengok2 dah masuk tahun baru rupanya. Tahun baru, jadi azamnya kena la baru ....betul ker ? jadi macam mana dengan azam tahun lepas....dah sempurna atau belum ? Apa-apa pun yang penting betulkan niat kita, azam baru pun mestilah berlandaskan hukam agama. Semestinya azam baru yang kita cuba nak azamkan tu tidak menyimpang atau lari dari hukum agama .....betul atau tidak ? Hanya anda sahaja yang boleh menjawabnya.Sepanjang tahun 2011 rasanya banyak aktivi dan pogram yang telah saya lalui, tapi disebabkan tak berkesempatan, maka tak

dapat lah saya nak ceritakan atau hebahkan di blog. Tapi tak apa, rasanya azam saya tahun ni....nak cuba penuhkan blog saya dengan aktiviti yang telah saya lakukan. Doa-doakan la agar saya berkesempatan yer sebab dah memang sibuk kan.
