Kat atas tu ada gamabr aku bersama-sama staff aku. Ada open house kat rumah Tn Pengerusi. Apa lagi ...melantak la puas-puas. Dalam gambar tu bahagian depan yang berkain pelikat Tn Pengrusi seblh dia bini dia la. Hujung belah kiri Tn Setiusaha. Aku plk biasa la hujung belah kanan. Seblh aku tu Pegawai Ekskt dan yang berdiri kat bahgian belakang tu la staff...offis. Semua dah berumur dah...tu kadang2 aku segan nak suruh diorng bt apa2 tu. Kalau diorang bt silap tu...lagi la aku malas nak tegur. Tapi kena tegur jugak kan. Nak tahu mc mana aku tegur..? Senang jer..time-time staf lain buat kerja panggil dia dan cakap elok2...dalam offis tak boleh marah terus...nanti diri sendiri yang teruk...tu kira tips la kalau korang nak marah anak buah korang kan....Malas betul nak merapu ni..ok la berenti dulu.
Wednesday, October 8, 2008
DAH KENA KERJA LA!!!!!!!!
Kat atas tu ada gamabr aku bersama-sama staff aku. Ada open house kat rumah Tn Pengerusi. Apa lagi ...melantak la puas-puas. Dalam gambar tu bahagian depan yang berkain pelikat Tn Pengrusi seblh dia bini dia la. Hujung belah kiri Tn Setiusaha. Aku plk biasa la hujung belah kanan. Seblh aku tu Pegawai Ekskt dan yang berdiri kat bahgian belakang tu la staff...offis. Semua dah berumur dah...tu kadang2 aku segan nak suruh diorng bt apa2 tu. Kalau diorang bt silap tu...lagi la aku malas nak tegur. Tapi kena tegur jugak kan. Nak tahu mc mana aku tegur..? Senang jer..time-time staf lain buat kerja panggil dia dan cakap elok2...dalam offis tak boleh marah terus...nanti diri sendiri yang teruk...tu kira tips la kalau korang nak marah anak buah korang kan....Malas betul nak merapu ni..ok la berenti dulu.
Tuesday, October 7, 2008
BANGUNAN PENCAKAR LANGIT
Nama Malaysia kini berada dikedudukan ketiga dalam senarai 10 bagunan pencakar langit tahun 2008. KLCC yang mempunyai ketinggian 452 meter telah dikalahkan oleh dua menara pencakar langit terkini iaitu Taipei 101 dan Shanghai World Financial Center... Dua bangunan ini mempunyai beza sebanyak 56 meter dan 40 Meter berbanding ketinggian Menara berkembar Petronas... Ketinggian yang dimiliki oleh Taipei 101 kini dicabar oleh negara-negara lain yang juga mahu menempa nama serta bercita-cita menyenaraikan nama negara mereka didalam 'top ten' dunia...Landskap dunia bakal berubah wajah dengan wujudnya bagunan-bagunan pencakar langit dalam masa beberapa tahun akan datang... Menara KLCC yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia akan ketinggalan jauh dibelakang… Negara-negara di Timur Tengah seperti United Arab Emirates tidak mahu kalah dan bakal mengambil alih kedudukan yang disandang oleh Taiwan kini… Sekaligus memecahkan rekod dunia dan memalapkan usaha-usaha pesaing yang lain… Menara Burj Dubai ini mempunyai ketinggian sebanyak 807.7 meter serta dijangka siap dalam tahun 2009...Saya yakin, setinggi mana suatu bangunan tersebut dibina. Ketinggian dan kehebatan KLCC tidak dapat dipertikaikan serta dinafikan oleh mereka. Ini kerana KLCC terdiri dari dua bangunan berkembar... Manakalah pesaing-pesaing yang sudah mengalahkan KLCC hanya mempunyai satu bagunan pencakar langit sahaja.Selain itu, Kota Suci Ummat Islam juga bakal berubah wajah dengan kewujudan bagunan pencakar langit yang terletak disisi Masjidil Haram… Nama bagunan tersebut adalah Abraj Al Bait Towers, bagunan tersebut mencapai ketinggian 595meter… kalau nak tau lebih fasal Abraj Al Bait Towers ini klik disini.
Nilah permandangan yang dapat dilihat melalui carian di Google Earth;Mungkinkah sikap ego yang menyelubungi diri masing2 menyebabkan persaingan diantara satu sama lain semakin hebat dan sengit?. Dalam pada masa itu... Beringat-ingatlah kita dengan Janji Allah yang semakin hari semakin dekat iaitu Kiamat.“Dan demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia itu mengetahui, bahawa janji Allah itu benar, dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka, orang-orang itu berkata: "Dirikan sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: "Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya".” – AlQuran, Surah AlKahfi ayat 36
Monday, October 6, 2008
Kenapa Saya Suka Perakaunan

Bagi saya bidang perakaunan adalah satu bidang yang kurang minatnya bagi saya pada masa lampau. Kenapa bukan persoalannya tapi penyebabnya adalah kurang pemahaman terhadap bidang tersebut dan pengajaran yang salah oleh si pegajar. Masa berlalu, dan keadaan tak selalunya berkekalan....apa yang mengubah minat saya pada bidang perakaunan adalah disebabkn oleh sebuah puisi sahaja...anda renungkanlah
SELAMAT HARI RAYA
Selamat Hari Raya.Pernah tak kita memikirkan walaupun sekali dalam kehidupan; sejauh manakah kasih dan sayang kita sebenarnya? Dalam manakah, dan tulen manakah sebenarnya kasih sayang kita kepada ibu bapa, kepada adik beradik kita, kepada kaum keluarga kita, kepada sahabat dan rakan kita, kepada guru-guru kita, atau sehinggalah kepada kekasih kita?Adakah kita memang mengasihi dan menyayangi ibu bapa kita kerana merekalah yang akan memperkenankan belanja wang saku, memberikan keinginan dan memenuhi kehendak; kerana mereka memberikan perhatian dan tumpuan, lalu kerana itu kita mengaku kasih dan sayang; tetapi bagaimana pula kalau mereka mengabaikan kita, menafikan semua kemahuan kita, menganggap kewujudan kita sebagai menyusahkan, lalu adakah pula kerana itu kita menarik balik kasih sayang yang kita akui tadi? Adakah yang pertama itu kasih sayang kebendaan, kasih sayang bersebab dan kasih sayang bersyarat, dan kedua itu kebencian yang setaranya?Adakah kita mengaku sayang pada sahabat dan kawan rapat kerana merekalah yang akan menemani kita, membenarkan kalam dan kehendak kita; kerana mereka peka dengan keinginan dan minat kita, lalu apakah kita masih boleh mengaku dengan pengakuan yang sama apabila mereka meninggalkan kita, membiarkan kita sendirian, tidak memperdulikan kalau-kalau kita dalam kesusahan, mengabaikan kewujudan lalu akhirnya kita menuturkan kata putus yang memutuskan gelaran? Lalu jenis apakah kasih sayang dari pengakuan yang tadi; kasih sayang minta berbalas, atau kasih sayang minta sepadan usaha dan tindakan?Adakah benar kita mengaku kasih pada guru-guru kita, kerana mereka sentiasa memberikan tunjuk ajar, menuturkan kalam-kalam nasihat; kerana mereka bermuka senyum dan menambahkan semangat ke dalam hati; lalu apakah kalau mereka membatalkan kehendak mencurahkan ilmu, memasamkan muka, memarahi dan berkata kasar, menghancurkan keyakinan dan semangat kita lantas kita membenci dan menarik kembali rasa kasih sayang yang awal-awal tadi kita sangka, dan kemudian kita gantikan dengan kebencian? Jenis kasih sayang apakah yang kita kalungkan tadi untuk mereka; kasih sayang sama rata, atau kasih sayang ‘hanya yang baik-baik sahaja’?Benarkah kasih sayang tadi, juga kasih sayang kita kepada semua; hingga pada adik beradik dan kekasih sekalipun; adakah kerana mereka berbudi kita berbahasa dan itulah dasar kasih, kemudian apabila mereka sudah kurang mesra dan jauh hubungan lalu kita tarik semula hati dan sayang kita? Lalu akan jadi apakah dengan nama kasih sayang yang kita namakan di awal tadi; kasih sayang ‘yang manis-manis sahaja’ atau kasih sayang ‘memberilah kalau hendak merasa’?Kerapkah kita memikirkan, atas dasar apakah kasih sayang itu kita bina, dan atas sebab apakah ia akan runtuh tanpanya? Adakah kerana harta benda, kerana budi baik dan jasa; adakah kerana untung yang kita kecapi kerananya, kerana nilai tambah yang kita raih bersamanya; adakah kerana kegembiraan yang kita nikmati bersama, kerana hak sama rata yang kita peroleh dengannya? Lalu apabila ternafi semua alasan dan sebab, kita menarik semula kasih sayang yang kita namakan, lalu kita gantikan dengan kebencian dan dendam pula?Lalu, kerana hal yang hilang dan ternafi, kita membenci ibu bapa yang pernah kita akukan kasih dan sayang; disebabkan manfaat yang terpadam dan lenyap, kita membenci sahabat yang selalu kita sabitkan kasih dan sayang kepadanya; kerana nilai-nilai positif hilang dan berganti yang ketidaksenangan, kita membenci guru dan mereka yang pernah kita kasihi kerananya? Bolehkah kita kekal dan tetap dengan kasih sayang yang sama, walau bagaimana mereka membalas kepada kita akhirnya?Kemarahan dan rasa tidak senang adalah rasa yang benar. Semua manusia merasainya. Lalu, adakah kasih dan sayang kita juga benar, tulen, permata, atau dengan sebab-sebab tertentu boleh bertukar palsu, tiruan dan kaca? Kerana kita selalu akan teringatkan Tuhan tatkala Dia menguji dan mendatangkan bala atau bencana, lalu kasih sayang dan cinta yang kita pernah akukan di depan-Nya tidak harus ternafi, tidak harus bertukar hingga kita mempersoalkan qadar dan qadar-Nya, meragukan kasih sayang-Nya, tetapi terus dan terus mempertahankan rasa kasih dan sayang tadi dan menggandanya walau apa jawapan-Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)