Nama Malaysia kini berada dikedudukan ketiga dalam senarai 10 bagunan pencakar langit tahun 2008. KLCC yang mempunyai ketinggian 452 meter telah dikalahkan oleh dua menara pencakar langit terkini iaitu Taipei 101 dan Shanghai World Financial Center... Dua bangunan ini mempunyai beza sebanyak 56 meter dan 40 Meter berbanding ketinggian Menara berkembar Petronas... Ketinggian yang dimiliki oleh Taipei 101 kini dicabar oleh negara-negara lain yang juga mahu menempa nama serta bercita-cita menyenaraikan nama negara mereka didalam 'top ten' dunia...Landskap dunia bakal berubah wajah dengan wujudnya bagunan-bagunan pencakar langit dalam masa beberapa tahun akan datang... Menara KLCC yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia akan ketinggalan jauh dibelakang… Negara-negara di Timur Tengah seperti United Arab Emirates tidak mahu kalah dan bakal mengambil alih kedudukan yang disandang oleh Taiwan kini… Sekaligus memecahkan rekod dunia dan memalapkan usaha-usaha pesaing yang lain… Menara Burj Dubai ini mempunyai ketinggian sebanyak 807.7 meter serta dijangka siap dalam tahun 2009...Saya yakin, setinggi mana suatu bangunan tersebut dibina. Ketinggian dan kehebatan KLCC tidak dapat dipertikaikan serta dinafikan oleh mereka. Ini kerana KLCC terdiri dari dua bangunan berkembar... Manakalah pesaing-pesaing yang sudah mengalahkan KLCC hanya mempunyai satu bagunan pencakar langit sahaja.Selain itu, Kota Suci Ummat Islam juga bakal berubah wajah dengan kewujudan bagunan pencakar langit yang terletak disisi Masjidil Haram… Nama bagunan tersebut adalah Abraj Al Bait Towers, bagunan tersebut mencapai ketinggian 595meter… kalau nak tau lebih fasal Abraj Al Bait Towers ini klik disini.
Nilah permandangan yang dapat dilihat melalui carian di Google Earth;Mungkinkah sikap ego yang menyelubungi diri masing2 menyebabkan persaingan diantara satu sama lain semakin hebat dan sengit?. Dalam pada masa itu... Beringat-ingatlah kita dengan Janji Allah yang semakin hari semakin dekat iaitu Kiamat.“Dan demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia itu mengetahui, bahawa janji Allah itu benar, dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka, orang-orang itu berkata: "Dirikan sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: "Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya".” – AlQuran, Surah AlKahfi ayat 36
No comments:
Post a Comment