Monday, April 4, 2011

PekerJaaN BarU, PerMulaan Baru...

Assalamualikum, hai....dah lamanya rasanya tak Update blog ni.... dah hampir 3 tahun. Maaf la bukannya apa... dah tukar kerja kan. Sejak-sejak tukar kerja ni, memang tak sempat langsung nak update blog.... lagi pulak blog ni susah sikit nak updatenya. Tak ada idea tak ada la nak updatenya kn.... Tapi tak apa lah, cuma ........ untuk permulaan tahun 2011 ni, walaupun dah masuk pun bulan 4, saya nak menceritakan serba sedikit tentang keseronakkan dan kemeriahan sewaktu bekerja di tempat lama ( Ar-Rahnu Exchange).


Fristly saya nak la mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah berjasa kepada diriku semasa aku bekerja di Ar-Rahnu X'Change ( Koperasi Jbt. Kesihatan Kedah Bhd.) cawangan Pokok Sena, kepada i punya bos2 (tok wan, pak aji dan pak lah), kak milah, kak liza, kak hasni, Joe , Hana ( dulu rakyat management sekarang entah la), dan yang paling terutama sekali adalah kepada sahabatku Roqib.....ha....dia la yang sebenarnya banyak membantu aku, seketikanya aku dalam kesusahan (tapi semua projek dia sapu). Mana la aku nak lupa, kalau tak disebabkan oleh aku dan saudara roqiblah yang bekerja siang dan malam ni lah maka tertubuhnya Ar-Rahnu cawangan Pokok Sena tu. Teringat lagi aku, waktu tu pada pagi keesokkan harinya akan diadakan Majlis Perasmian Cawangan Baru tapi aku dan Roqib juga la yang pergi menggantung sampai pukul 3.00 pagi gantung bunting dengan banner....hai....nasib baik la bukan menteri datang rasmi. Kalau tidak tak tido sehari la aku jawabnya.


Tapi sayang kan.... hanya sempat bekerja di sini 8 bulan sahaja. Sebabnya aku dapat kerja baru la....sebagai pensyarah (pSAs). 3 bulan selepas mula beroperasi aku ditawarkan kerja baru. Macam-macam peragai manusia aku jumpa sepanjang aku bekerja disini. dengan si penipunya, si kayanya, si miskinya, tok bomoh... orang biasa dan orang yang nak bercerai berai punya ada. Itulah kenagannya sewaktu aku disini. sedih jugak aku nak meninggalkannya sebab ramai staff2 yang baik ada disini. Best la......semua orang panggil aku bos ha.....


p/s ; terima kasih banyak2 atas jagaan si kakak2 dan Makcik kat sana

No comments: